CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 18 November 2009

KEK HATI PARI

SUMBER RESEPI DARI BLOG IMA@MAWARMERAH
(resepi kek ini diceduk dari blog sue-hasue.blogspot.com)
TERIMA KASIH UTK PUAN2 BERDUA YA!! ;))


Bahan2:loyang 9" x 9"
•10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
•16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
•9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
•8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk > resepi browning sugar)
•1 kati / 600 g kismis hitam
•1/2 tin susu pekat manis
•4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

Cara-cara
1.Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
2.Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
3.Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
4.Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
5.Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
6.Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
7.Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
8.Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
9.Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
10.Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
11.***utk info, dyg hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
12.***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.

Tuesday 17 November 2009

SOS BLACK PAPER

SUMBER RESEPI DARI HANA DI JEPUN
hehe pepagi dah cilok resepii..
tnxxxxxxxxxxx soooooooooooo much HANA!!!


Bahan-bahan

  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*akak letak 3 sb. jek)
  • 2 sb. sos tomato
  • 2 sb. kicap pekat
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*akak guna serbuk pati lembu)
  • 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
  • 1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (*akak guna fresh milk je)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
yang nih resepi aku yg lebih kurang sama jer.. sukatilah! nak cube yg mana yer!

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan stok ayam@daging - hana gune stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4-5 sudu serbuk lada hitam
  • 2cm btg salery - cincang
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dhiris
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  • panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
  • kemudian tapis. buang bwg n juga salery. klu tk nk tapis pon takpe! didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED

SUMBER RESEPI CILOK DARI HANA NUU KAT JEPUN..
YG TUAN PUNYA RESEPI DARI The Naked Chef (Jamie Oliver
DIOLAH OLEH JENI...TNX XOXO!!!

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam/1 ekor ayam
  • 1 biji lemon
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar olive oil - guna minyak sayur aje
  • Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
  • 2 biji tomato atau lebih
  • Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
  • Kicap Pekat - ditambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • hana tambah madu 2 sudu besar.
Cara-cara
  • Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  • Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
  • Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  • Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
  • Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  • Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
  • Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan..bersama mashed potato dan salad.

Thursday 12 November 2009

KEK KUKUS ASAM MANIS

SUMBER RESEPI DARI BLOG ORANG JEPUNG..AHAKS
HANA..MEKASIH YAAA ;))


Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besar
Cara-cara
  • Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.
  • Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
  • Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.
  • Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan.
  • Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  • Buat sehingga siap.

Friday 6 November 2009

SUMBER RESEPI DARI AM FLORA
MEKASIH BANYAK2 YERRR PUAN AM!!

Utk kaler coklatnya, akak letak coklat emulco, tak rugi... memang sedap sangat! Time bakar tu, adoi..wangi dan harum satu rumah bila ubi bertemu dgn coklat emulco tu! Sesape x caye boleh cuba...

KEK LAPIS UBI KAYU [sumber : Pn Juriah Abdullah (Buku Resipi Pesta Perut)]

Bahan-Bahan :

  • 1 kg ubi kayu parut
  • 6 biji telur yang besar
  • ½ sudu teh rata garam halus
  • 1 sudu teh chocolate paste (akak letak coklat emulco)
  • 1 sudu makan pewarrna kuning
  • 1 sudu teh sebuk vanilla
  • 250 ml santan (dari 2 biji kelapa -nak senang, gunakan santan dlm kotak)
  • 380 gm gula halus
  • 300 gm mentega
  • 150 gm tepung gandum

1 loyang berukuran 9’x 6’x 3’ atau 8’ x 8’ x 3’( Sapu keliling dengan sedikit mentega dan alas dgn kertas kuih/tracing )

Cara:

  • Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. (kite tos kat tapis je..)
  • Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit.
  • Biarkan sagunya mendap dan perlahan-perlahan buang airnya.
  • Ambil sagunya yang mendap itu, dan masukkan ke dalam ubi kayu yang diperah tadi.
  • Gaul rata dan ketepikan.
  • Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih).
  • Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata, dan sejukkan.
  • Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla.
  • Pukul lagi hingga rata dan sebati.
  • Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan warna kuning.
  • Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
  • Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak.
  • Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi.
  • Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.
  • Untuk lapis terakhir, gunakan api oven dgn suhu 150 hingga 175 darjah selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.
  • Sejukkan, kemudian barulah dipotong

Thursday 5 November 2009

AMERICAN CHOC CAKE

SUMBER CNP DARI K ZAI @ TERATAK ANTIK
@ FP Mamasya dan resipi asal dr FP Zahara
TERIMA KASIH SEMUA ;))




BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh) (saya guna susu cair)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt*
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min bergantung pd oven masing2...

Topping
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.

CUSTARD APPLIE PIE

SUMBER RESEPI DARI
HOME KREATION RECEPIE @ BLOGSPOT..
TNX SOOOO VERY MUCH YAA PUAN!!


Another recipe that was served in the recent Women Gathering at my house, specially for Aline who made the request. This recipe is worth keeping which I modified & developed many years ago, and eversince been sharing with many friends. The Apple Pie was a hit everytime when I served at office party.

Hope others will find this recipe worth trying. Don't forget to leave your comment here if you happen to try it.

BASE PASTRY:
250g Flour
125g cold Butter
3 tbsp Castor Sugar
1 Egg Yolk
1-3 tbsp Water

1. Mix the first three ingredients using cut & mix method to produce breadcrumbs like.
You can use food processor or do it manually using blunt dinner knife to do so.
Make sure you do this quickly before butter is melt to ensure crispy pastry.
Don't worry if there are butter bits, you must not knead before adding egg & water.

2. Add in egg yolk & mix with finger and if a dough is not formed, add water a tbsp at a time until a ball of dough is formed.

3. Chill it for 20 minutes and then line the pie tin.

FILLING:
6-8 Red Apples (depending on the size of the apples & size of your tin)
1-2 tbsp Sugar for sprinkling
2 Eggs
½ cup Caster Sugar
1 tin (170ml) Nestle Cream
1 tsp Vanilla Essence

METHOD:
1. Peel, halved, cored and sliced apples 3/4 through - see the picture above.
Arrange apples onto the prepared pastry base.
Sprinkle sugar & bake 200C for 20 minutes.

2. Beat eggs and sugar until well mixed.
Add in cream and beat to just mix.
Add in vanilla essence.
Pour onto baked apples.
Bake at 180C for 20 minutes or until custard is set.
Cool & chill.

3. Produce one 10-11 inch diameter pie.