CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 29 April 2009

APAM BELANDA

Sumber Resepi dari blog K Am..
meaksihh ya kakkkk

Bahan-bahan
  • 250ml susu cair
    150 tpg gandum
    50g tpg jagung
    40g gula halus
    secubit garam
    1 sudu kecil yis
    2 biji telur
    60g mentega - cairkan

INTI - coklat chip. - tp akak gune inti red beans dgn oren.

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan dan gaul rata. kecuali susu dan telur.
  2. pukul telur guna garfu sekejap. masukkan beserta susu cair ke dalam tpg. gaul sebati.
  3. rehatkan adunan selama sejam. tutup dengan kain atau plastik wrap.
  4. kemudian masukkan butter yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
  5. panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
  6. sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran.
  7. tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
  8. bila dah kembang dan kuning, angkat

PUDING MANGA

sumber dari Ain...tnx xoxoxo..

bhn2:

  • 20gm agar2
  • 3 gelas air
  • 2 sd mkn tpg jagung
  • 3 bj kuning telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 cwm gula pasir
  • 2 cwn mangga yg tlh dikisar
  • sedikit warna kuning
  • secubit garam

cara2


  1. masak agar2 dgn 3 gls air serta gula hingga hancur; tapiskan
  2. pukul kng telur dgn tpg jagung. masukkan grm, pewarna, susu cair serta mangga kisar
  3. kacau hingga sebati. kemudian tuang ke dlm agar2 td sambil dikacau rata
  4. tuang le dlm mana2 acuan kesukaan anda dan hias le mengikut citarasa!!

Sunday 26 April 2009

KEK COKLAT KUKUS - Hanieliza

sumber resepi dari Hanieliza
tnxx soo much!

Bahan A

  • 220 gm tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k soda bikarbonat
  • 50 gm serbuk koko
  • 180 gm gula perang

Bahan B
  • 2 biji telur
  • 1 s/k esen vanila

Bahan C
  • 200 ml susu cair atau susu segar
  • 200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
  • 200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan

  • 300 gm coklat masakan [potong kecil]
  • 50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

KEK CHOKLAT - HanieLiza

sumber resepi dari Hanieliza
tnxx sooo much yaa

Bahan A

  • 250 gm butter
  • 250 gm gula perang atau kastor
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
  • 290 gm tepung gandum
  • 50 gm serbuk koko
  • 1 sudu kecil nescafe instant
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat.


Coklat Topping
  • 1 cawan susu pekat
  • 60 gm butter
  • 50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
2. Tuangkan atas kek dan hias mengikut kretibiti sendiri

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

sumber resepi dari HanieLiza
tnx sooooooooo very much!

Bahan Base

  • 150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
  • 2 sudu besar butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
  • 250 gm cheese cream philidephia
  • 300 ml yogurt [perisa blueberry ]
  • 100 gm gula halus [gula kastor]

Larutan agar-agar cair [panaskan]
  • 130 ml air
  • 1 sudu besar agar-agar serbuk cap bintang
  • [jika gunakan brand NONA gunakan 2 sudu besar]

Hiasan [kacau sebati]
  • 250 gm Filling blueberry
  • 1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan

TIRAMISU

sumber resepi dari HanieLiza
tnx soooo very much yaa


Bahan A

  • 24 keping biskut tiramisu
  • 250 gm keju cream [philidephia]
  • 150 ml yogurt asli
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan air ]
  • 1 s/ k nescafe ] bancuhkan
  • serbuk koko

Bahan B
  • 150 ml air ]
  • 1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

CUPCAKES

sumber resepi dari HanieLiza
tnx sooo very much!!

Bahan A

  • 500 gm tepung sponge mix
  • 40 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm air
  • 5 biji telur A

Bahan B
  • 60 gm minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk.
2. Pukul sehingga adunan gebu 2 kali ganda dan warna putih.
3. Masukkan bahan B dan kacau dengan senduk kayu sahaja.
4. Sudukan dalam acuan kertas dan bakar selama 20 - 25 minit dalam suhu 180'C.
5. Sejukkan dan hiaskan dengan butter icing mengikut kreatibiti sendiri.


BUTTER CREAM

Bahan
  • 200 gm creamwell
  • 50 gm gula aising [ayak]

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
2. Pukul sehingga adunan naik dua kali ganda dan warna putih gebu.
3. Pamkan cream diatas cupcake mengikut citarasa sendiri.

CHOCOLATE CUPCAKES

sumber resepi dari Hanieliza
tnx soo very much!!

Bahan-bahan :

  • 2 cawan gula kastor
  • 1 3/4 cawan tepung gandum ]
  • 3/4 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik ]
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ]
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 butir telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air panas

Kaedah penyediaan :
1. Panaskan ketuhar pada 350 F.
2. Masukkan gula ke dalam mangkuk pembancuh.
3. Masukkan bahan yg diayak dan garam ke dalam mangkuk yang sama.
4. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, minyak dan vanilla. Pukul sekadar semua bahan sebati, menggunakan whisk.
5. Tuangkan bahan cecair ke dalam adunan tepung dan pukul dengan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga berkerim.
6. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
7. Tuangkan ke dalam acuan cupcakes kertas dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan sejuk dan hiaslah mengikut kreatibiti sendiri.

BROWNIES

sumber resepi dari Hanieliza
tnx soooo much ya!



Bahan A

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
  • 2 biji telur gred B
  • 1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT

Bahan

  • 250 gm cooking coklat [cap tulip]
  • 1 s/b butter/majerin
  • 1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

KEK KAROT KUKUS

sumber resepi dari Hanieliza
tnx soo much ya!!


Bahan
  • 250 g butter
  • 150 g gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
  • 100g prune cincang
  • 50 g kismis
  • 230 g tepung gandum ]
  • 1 s/k baking powder ] ayakkan
  • 1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara.

1. Panasakan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Cream Keju
Bahan
  • 250 g cream keju
  • 50 g gula halus
  • 50 g fresh cream
  • 1 cawan yogurt perisa buahan

Cara.
1. Pukul semua bahn sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk

KEK GULUNG / SWISS ROLL BATIK


Kek Gulung/Swiss Roll Batik
Sumber : Apek
dari blog MakLang...tnx!

Bahan-bahan
  • 6 biji telur gred A @ B
  • 4oz gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu bsr ovelet 3oz tepung gandum
  • 1 sudu bsr susu tepung
  • 4oz mentega cair sedikit coklat emulco jem strawberri secukupnya

Cara
  1. Step 1 Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
  2. Step 2 Adunan dah gebu akan jadi camni
  3. Step 3 Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
  4. Step 4 Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
  5. Step 5 Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya
  6. Step 6 Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
  7. Step 7 Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius. Kek dah siap masak
  8. Step 8 Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
  9. Step 9 Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
  10. Step 10 Dah gulung, bolehlah dipotong
  11. Nota mklang :
  12. -jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll
  13. - jgn buat nipis or tebal....susah nak gulung dan pecah nanti - time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
  14. - korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye! - filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp :P
  15. -pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
  16. - masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
  17. - kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
  18. - alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau... :-D
  19. - nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak ;-)
  20. -mklang guna loyang sbread 50 petak tu je...dpt 2 sro

KEK BATIK ** MakLang

sumber resepi dari blog MakLang Azie

mekasih yaaaa

Bahan

  • Biskut Marie - patahkan 4 (agak2 aje baper byk nak guna, jgn byk nanti tak boleh dikacau lak)
  • 125g majerin
  • 2 biji telur
  • 3/4 cwn gula putih (nak manis tambah lagi)
  • 1/2 cwn koko powder
  • 1/2 cwn susu cair @ air biasa

Cara
  1. Cairkan butter didalam periuk kemudian... masukkan koko dan kacau...guna api kecik.
  2. Telur + gula, pukul ngan whisker dan masukkan dlm periuk tadi.
  3. Masukkan sedikit susu cair @ air biasa.
  4. Last sekali, masukkan biskut marie...gaul sampai kesemua biskut sebati...tutup api
  5. Jgn biarkan biskut terlalu kembang. ngkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat...
  6. Tekan kek hingga padat. Masuk dalam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam. Hiaslah ikut suka hati.

Nota : nak masukkan nut, kelapa dan kismis dlm kek pun boleh jika suka..

PAIS IKAN

sumber resepi dari blog Ain
many tnx xoxoxo...


pais ikan kembung..

utk buat pais ikan blend together
lada kering, bwg putih, halia, serai, udg kering sikit dan belacan sikit
pas tu blend dgn air asam yg dibancuh pekat..masukkan grm sikit..
jgn letak air masa blend sbb nak jadikan pes
kemudian ats daun pisang letak daun kunyit dan pes tadi
letak ikan.lumurkn lagi pes dan daun kunyit
bungkus ikan dan bakar sampai masak

boleh juga letak kelapa parut dlm bhn2 yg diblend td..

Saturday 25 April 2009

KEK COKLAT KUKUS - MAT GEBU

sumber dari Cik Mat Gebu..
lagiii...billion tnxxxx!!!




Bahan-Bahannya :-)
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/sayur
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air panas*
1 camca teh nescafe*(*disatukan dan kacau hingga sebati)

Cara membuatnya :-)
  1. Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
  2. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
  4. CATATAN MAT GEBU :- Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Gunakan api sederhana semasa mengukus.

CHOC CHEESE CAKE

sumber dari Cik Mat Gebu
mannyyy manyyy tnx!!!

Resipi asal dari "Alex Goh" dan mat cuma buat 1/2 dari resipi dibawah dan bakar dalam tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci.....Selamat mencuba!!

Bahan-Bahannya :-)
130 g mentega
130 g cream cheese
170 g gula perang (brown sugar)
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
260 g tepung gandum*
30 g cocoa powder*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya
60 g kacang walnut, cincang sederhana halus

Bahan Topping :-)
250 cream cheese
60 g gula aising, diayak
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya

Cara membuatnya :-)

  1. Putar cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (masa ni adunan seakan2 berminyak), masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, kemudian diikuti dengan parutan kulit oren. Gaul rata.
  2. Masukkan cincangan walnut, gaul rata dan tuang dalam tin berukuran (10 x 10 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Bakar 30 - 35 minit pada suhu 175C, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  3. Pukul bahan2 untuk topping kecuali jus oren, pada kelajuan sederhana hingga putih. tambah jus oren dan pukul hingga rata. Sapu atas kek tadi dan ratakan. Potong dan hias ikut kreativiti masing2 sebelum dihidangka

STRAWBERRY CHEESE CAKE

sumber dari Cik Mat Gebu
manyyy manyyyy tanxxxxx!!!


Bahan Untuk Kek :-)

5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
76 g mentega, dicairkan
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca teh air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Untuk Lapisan Keju :-)
250 g cream cheese
90 g gula halus
150 ml susu cair
15 g gelatin halal
100 ml air
6 biji strawberry segar, dilenyek halus

Bahan Hiasan :-)
Beberpa biji strawberry
Croquant (kisaran bertih jagung) secukupnya
Sedikit piping jelly

Cara membuatnya :-)



  1. UNTUK KEK :- Putar gula dengan ovallate hingga rata. Masukkan semua telur dan putar pada keljuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahan kan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian air, esen vanilla dan mentega cari. Gaul rata. Tuang dalam loyang 9 inci (23 cm), dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Kek dibahagi kepada 2 bahagian. Kemudian kemaskan supaya kek tadi muat ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci.
  2. PENYEDIAAN GELATIN :- Satukan gelatin dengan 100 ml air, kacau rata. Masukkan bekas berisi gelatin tadi ke dalam air mendidih dam kacau hingga gelatin cair dan jernih. matikan api dan biar periuk berisi gelatin terendam.
  3. PENYEDIAAN KEK :- Isi 1 keping kek tadi ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci. Kemaskan dan tabur dengan sedikit cincangan strawberry. Ketepikan.
  4. Putar cream cheese dengan gula halus hingga rata. Tuang susu dan putar lagi hingga gula larut, masukkan strawberry yang dilenyek tadi, gaul rata. Kemudian tuang gelatin tadi dan putar hingga sebati bersama bancuhan cream cheese.
  5. Tuang 1/2 bahagian cream cheese atas kek tadi, ambil baki kek dan letak atas cream cheese tadi, tekan2 sedikit dan akhir sekali tuang baki cream cheese. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam.
  6. Kemudian. Keluarkan kek dari acuan (larikan pisau panas disekeliling kek unutk memudahkan kek tanggal). Hias dengan strawberry segar, sapu piping jel di sekeliling kek dan tekap dgn "croquant" sebanagi hiasan.

APAM GANDUM

sumber dari Cik Mat Gebu
mekasihhhh cik mattt

** jangan lupa disajikan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

BINGKA LABU

sumber resepi dari Cik Mat Gebu
mekasihhh yaa matt..

Resipi tradisi masyarakat Malaysia...dengan begitu kreatif, mereka mencipta dan mengolah apa yang ada dipersekitaran mereka...


Bahan-bahannya:-
5 biji telur Gred A
500 ml santan
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus dan dilecek halus

Cara membuatnya:-

  1. Satukan kesemua bahan2 di atas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga semua larut dan sebati.
  2. Tapis adunan dan masukkan labu manis lecek dan gaul hingga adunan sebati dan tidak bergentel2.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan berlubang tengah (yang biasa digunakan utk membuat kuih bingka), yang telah disapu dengan mentega pada dasar dan tepi acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, selama 40 minit. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Thursday 23 April 2009

KEK LAPIS PRUNE

sumber resepi dari Mawar Merah
terima kasih yaa


bahan2nya
A
  • 1 1/4 cawantepung naik sendiri,diayak
  • 1 cawan gula kaster
  • 1 cawan nestum original
  • 1 cawan susu sejat
  • 8 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 camca besar ovallete
  • 200 gm mentega atau majerin,dipukul sebati
  • prun tanpa biji.

cara membuatnya;
  1. 1.Pukul mentega hingga putih
  2. 2.Dalam mangkuk adunan,putar bahan A hingga putih,kemudian masukkan mentega dan pukul sebati.
  3. 3.panaskan tempat pembakar(api atas)dan letak 4 camca besar adunan keatas acuan persegi panjang berukuran 18cm*28cm yang telah dilenser dan alas.Ratakan dan susun buah prun keatas adunan dan bakar hingga kekuningan.(saya guna acuan bulat je)
  4. 4.kemudian masukkan lagi 4 camca besar adunan dan susun prun diatasnya dan bakar lagi hingga kekuningan.
  5. 5.ulang proses ini hingga kesemua bahan habis digunakan .akhir sekali bakar dalam ketuhar yang bersuhu 150 selama 15 minit untuk mengeringkan bahagian tepi kek.
  6. 6.sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan.

Wednesday 15 April 2009

KEK KEJU BAKAR

sumber dari Majalah RASA edisi ulangtahun 06
dari Chef Kamarul

bahan2
Bahan A - asas

  • 300 gm digestive biskut dikisar
  • 60 gm butter cair
Bahan B - Meringue
  • 90 gm gula custor
  • 7 biji putih telor
Bahan C
  • 300 ml krim putar (whipped cream)
  • 450 gm keju krim
  • 165 gm gula kastor
  • 7 biji kuning telor
  • 70 gm soft flour
  • 40 gm tepong jagung
carany2
  1. untuk asas kek; camporkan butter cair ke dlm biskut kisar dan padatkkan di dlm acuan pembakar
  2. ayak tepong + tepong jagung
MERINGUE
  • pukul gula + putih telor sehingga naik dan putih gebu
Bahan C
  • pukul krim + keju + gula sehingga kembang
  • masukkan telor 1 per 1
  • kemudian masukkan tepong yg telah diayak lalu digaul sebati
  • akhir sekali masuukan MERINGUE dan kaupkan adunan sehingga sebati
  • bakar pada suhu 120OC;
  • MENGGUNAKAN KAEDAH WATER BATH SELAMA 2 JAM!

PINEAPPLE TART

sumber resepi dari Inahar
dari blog Ain >>> tnx both of u!

Bahan Untuk Pastri

  • 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna)
  • 50gm badam kisar(halus)
  • 60gm gula castor
  • 125gm mentega (suhu bilik)
  • 1 biji telur (suhu bilik)
  • 1 sudu teh esen vanilla.

Caranya
  1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.
  2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
  3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(Do not overknead or pastry won't be flaky) takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
  4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan tepinya.
  5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
  7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
  8. Sejukkan sebelum di masuk filing.

Filing
  • 20gram tepung serbaguna
  • 120gram badam kisar(i guna badam kisar + cincang)
  • 100gram gula perang
  • 125gm mentega (suhu bilik)
  • 1 biji telur

Cara-cara
  1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.
  2. Ketepikan.
  3. Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.
  4. 1 tin buah peach (I ganti dgn mangga)
  5. Gula aising (diayak keatas tart)
  6. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan mango yang telah ditos.
  7. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  8. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dh masak.

Saturday 11 April 2009

PINEAPPLE CAKE

dari blog Cik Mat Gebu - mekasih ya mat!

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 tin nenas berkaleng dalam tin (seperti gambar dibawah), ditoskan
Ceri merah secukupnya
250 g mentega
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
135 g gula halus
135 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
1 camca teh esen vanilla



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga. Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  4. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  5. Kalau suka boleh sapu dengan piping gel atas permukaan nenas untuk nampak lebih berkilat dan mengiurkan..ahaks!!!

KEK BATIK

sumber resepi dari Nita UK
from blog Cik Mat Gebuz..tnx to both of you!


BAHAN-BAHANNYA :-)
20-25 keping biskut marie, dipatah 4 setiap keping
1/2 cawan mentega (kurang lebih 125g), mat guna unsalted butter
1/2 cawan gula (boleh kurang kalau suka)
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
1 cawan milo
2 camca besar serbuk koko
1/3 cawan gajus, dipanggang hingga rangup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan mentega, gula, susu dan esen vanilla dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau sentiasa hingga semua larut dan bersatu dan cair. Masukkan serbuk koko dan milo, kacau hingga rata.
  2. Masukkan gajus panggang dan biskut marie. Gaul pantas hingga semua bahan2 tadi bergaul mesra dan rata.
  3. Tuang dalam tin kek yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Ratakan permukaan kek dengan belakang senduk yang telah disapu dengan sedikit mentega, hingga rata. Sejukkan betul sebelum dipotong....

SOFT BREAD

Roti Empuk / SOFT BREAD
:: Penulis : Fatmah Bahalwa

dari Rumah Riri.. mekasih ya buk!

Bahan :
500 gr tepung terigu protein tinggi
100 gr gula
100 gr mentega
11 gr ragi instant
½ sdt bread improver
4 btr kuning telor
300 ml air es
½ sdt garam


Cara membuat:

* Campur semua bahan kering, kecuali garam, aduk rata
* Masukkan air 200ml dan telur, aduk dan uleni sampai rata.
* Masukkan mentega dan garam, uleni lagi sampai kalis elastis.
* Adonan siap dibentuk-bentuk.
* Diamkan adonan hingga mengembang 2 kali, lalu oven hingga matang.

Catatan: sisa air 100ml buat jaga-jaga aja kalau adonan kurang lembek tambahkan sedikit demi sedikit.

APAM BALIK

Apam_balik

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

PIZZA ROLLS

sumber resepi dr majalah Coles (autum).
dari blog Suzi - tnx yaa


Bahan2:

  • 2 cups tepung naik sendiri
  • 30 g butter - chopped
  • 3/4 cup milk
  • 2 peket sos pizza -- dalam 4 tbls@ 100 g
  • 1 cup grated tasty cheese
  • 100 g daging cincang - masak ikut selera masing2
  • mushroom, sayuran atau nenas secukupnya.

Cara2:
  1. Panaskan oven, 200C dan alas dulang pembakar.
  2. Masukkan tepung dan butter dalam mangkuk besar dan ramas dgn hujung jari hingga sebati.
  3. Buatkan lubang ditengah campuran tepung dan butter tadi dan tuang susu. Kacau dan jadikan doh.
  4. Bentukkan doh jadi bebola dan canai menjadi segiempat memanjang 35x25cm.
  5. Sapukan sos pizza di atas permukaan tapi tinggalkan sedikit bahagian tepi sepanjang 3 cm.
  6. Masukkan bahan2 lain...daging sayuran dan cheese. Dan gulung dr bahagian yg panjang.
  7. Potong kepada 12 bahagian dan susun di atas dulang pembakar. ( kalau blh susun bahagian hujung gulungan terletak kat bwh utk elak terbuka masa bakar- tapi sya tak dpt buat mcm tu pun..ia terbalik...so, saya baringkan je...alhamdulillah tak terbuka pun)
  8. Bakar selama 25 minit atau keperangan.

Friday 10 April 2009

DAGING DENDENG

sumber resepi dari Cik Mat Gebu
dari blog Ain - tnx ya!


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
  • 1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
  • 20 - 25 tangkai cili kering*
  • 20 biji bawang merah*(*dikisar)
  • 1 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan jus asam jawa pekat
  • 3 camca besar kicap pekat manis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...

LONDON CHEESECAKE

sumber resepi dari Noreen - tnx!

Bahan-bahan:

150gm digestive biscuits
75gm unsalted butter - dicairkan atau biarkan berada pada suhu bilik (lembut)
600gm philadelphia cream cheese - biarkan pada suhu bilik
150gm gula kastor
3 biji telur
3 biji telur putih
1 1/2 camb esen vanila
1 1/2 camb jus lemon

Bahan2 untuk topping:
145ml sour cream
1 camb gula kastor
1/2 camt esen vanila

cara:

  1. kisar digestive biscuits sehingga hancur
  2. masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan mentega cair sehingga sebati
  3. kemudian masukkan ke dalam springform tin dan tekankan dengan belakang sudu supaya rata
  4. simpankan di dalam fridge supaya keras sedikit
  5. selepas itu pukul cream cheese sehingga gebu dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati dan ringan (adunan diangkat dengan spatula tidak jatuh)
  6. masukkan telur dan telur putih sambil dipukul
  7. akhir sekali masukkan esen vanila dan jus lemon
  8. pukul rata
  9. tuangkan ke dalam springform tin yang diisi dengan biskut tadi
  10. balutkan springform dengan aluminium foil dan letakkan di atas baking tray
  11. tuangkan air panas ke dalam baking tray tadi dan bakar secara water bath pada suhu 180C selama 50 min
  12. untuk membuat topping: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  13. selepas 50 min keluarkan kek tadi dan sapukan topping sehingga rata
  14. bakar lagi selama 10-15 min
  15. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk kemudian simpan di dalam fridge dalam 20 min sebelum dipotong

OREO CHEESE CAKE

sumber resepi dari UMMI
dari blog Ain - mekasih yaa!

Bahan-bahan:-

Lapisan bawah (crust):-
230 gm serbuk biskut digestive (saya guna oreo)
30 gm gula kastor
75 gm butter - cairkan

Lapisan atas:
250 gm cream cheese (jenama philadelphia diakui sedap)
125 ml whipping cream
1 camca besar jus lemon (guna limau nipis pun bole)
70 gm gula kastor
3 biji kuning telor
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung kastad
3 biji putih telor

Cara-cara:-
- Campurkan semua bahan lapisan bawah, ratakan dalam loyang yang telah digris terlebih dulu. Simpan dalam fridge 20 minit.
- Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon, kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telor dan esen vanila. Putar lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung kastad, dan kacau rata.
- Kemudian putar putih telor hingga separuh kental, masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan.
- Tuang ke dalam loyang lapisan biskut tadi. Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 30-35 minit (bergantung kepada oven).
(Tips: Jangan buka pintu oven semasa memasak. Bila kek telah masak, renggangkan pintu oven. Bila telah sejuk, baru masukkan ke dalam peti selama 4 jam/benar2 sejuk. Sedap diletak topping blueberry jam.)

Thursday 9 April 2009

KEK GULA HANGUS

sumber resepi dari K Ana - Rinting JB

bahan2nya

  • 6 biji telor
  • 2 cawan gula - dihanguskan
  • 2 cawan tepong
  • 2 cawan air
  • 1/2 tin kecil susu segar
  • 1 tbspn butter
  • 2 tspn bicarbonat
  • 1 tspn vanilla
cara2nya
  1. gula dihanguksan - masukkan butter & air kemudian disejukkan; A
  2. pukul telor & susu; masukkan tpg, vanila, soda; gaul sebati; B
  3. masukkan bahan A; digaul rata
  4. bakar dgn suhu 180 selama 45 minit

ROTI KERCA

Sumber Resepi Mamafami.
from blog Suzi >>>> mekasih utk puan ber2!


Ingredients :


500 g flour
3 eggs
salt
enough water
a bit of margarine

Method :

1. Place all the ingredients in a food blender and blend to a smooth runny texture (similar to pancakes).
2. On the stove. Grease the griddle or flat pan with a bit of margarine. Non-stick pan, preferably.
3. Spoon some batter on to the pan. Tilt the pan to form a thin pancake. Fry at slow fire until the pancake is lightly brown on both sides. 4. Remove from pan and roll like a swiss roll.
5. Slice to a 1 cm size and serve with curry


Wednesday 8 April 2009

CARAMEL

sumber resepi dari Rinting B5 via Ain
tnx ya!

bahan2nya

  • 10 sudu gula - dijadikan gula hangus
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 5 biji telor
  • 1 tspn gula
  • 1 tspn vanilla
  • * dibelender kesemua bahan *

cara2nya
  1. tuangkan gula hangus ke dalam loyang. ketepikan
  2. kemudian tuangkan bahan2 yg dibelender *
  3. kukus selama lebih kurang 15 minit atau lebih

DONUT

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener [optional]

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Coklat cream [masak secara double boil]
250 gm cooking coklat
30 cocoa-butter

Bahan Hiasan
manik warna warni

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan celupkan dalam cooking coklat yg telah cair.
9. Taburkan hiasan. Hidangkan

KUEH PUTERI MANDI

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan

2 cawan tepung pulut [ayakkan]
air daun pandan
1 s/t air kapur
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula perang
gula pasir secukup manis
daun pandan disimpulkan
pewarna hijau dan merah
air secukupnya
garam

Cara
1. Ambil 1 cawan tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, air kapur, garam dan warna hijau.
2. Buatkan saperti doh onde-onde.
3. Sediakan periuk berisi air dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
4. Buatkan sebola kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper [tujuan cepat masak]
5. Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air pans dan bairkan ia timbul.
6. Bila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air [supaya bebola tidak melekat sesama sendiri]
7. Ambil lagi 1 cawan tepung pulut dan bancuhkan dengan air, garam, air kapur dan pewarna merah.
8. Ulang proses [2] sehingga [6].
9. Dalam periuk lain masukkan 1/2 cawan air, gula perang, gula pasir dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
10. Masukkan kelapa muda dan bebola kecil tadi.
11. Kacau rata dan boleh hidangkan.

ONDE ONDE

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.



CUCUR UDANG

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya

Bahan Mesin
1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.


SOS CILI

Bahan A

10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara
1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.

SARDINE ROLL

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Bahan

Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limak kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara
1. Masukkan bahan nti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dlam tapisan supaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.

SERUNDING KELAPA

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Bahan:

1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang segar kecil

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
1 s/k jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 s/b udang kering
3 cm kunyit hidup
3 s/b minyak masak
garam
gula

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin hingga wangi.
2. Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
3. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata
4. Masukkan dalam pinggan dan sejukkan.

TALAM SUJI

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

SERIMUKA PELANGI

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Bahan-bahan:
Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

BINGKA BERLAUK

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so very much ya!


Bahan

1 cawan tepung gandum
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan [1 cawan susu cair + 2 cawan air]
1 s/k garam
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b keju cheddar

Cara
1. Kacau semua bahan kecuali keju dan tapiskan kedalam loyang 8x 8 inci yg telah disapukan majerin.
2. Masukkan dlam oven yg telah dipanaskan 180’C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yg telah disediakan dan baker lagi selama 30 minit atau s ehingga nampak masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
5. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 batang kecil carrot [potong dadu]
1 s/b rempah kari
2 biji cili merah [cincang]
Daun sup dan daun bawang [hiris halus]
1 s/b minyak
Garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masakkan sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Angkat dan taburkan atas adunan yg telah separuh dibakar.
7. Bakar lagi 20-25 minit.
8. Sejukkan dan potong.
9. Susunkan kueh dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang & sup , cili merah dan bawang goring.

BAKAR LABU

sumber resepi Suzana Hashim

bahan2

  • 125 gm butter
  • 130 gm gula pasir
  • 4 biji telor
  • 200 gm tepong gandum
  • 1 biji labu direbus dan dilecek (nekPP kukus)
  • 250 ml santan dari 1 1/2 biji kelapa
cara2nya
  1. pukul butter + gula sehingga gebu
  2. masukkan telor 1 demi 1 sambil dipukul2
  3. maukkan tapong + labu yg dilecek daigaul perlahan
  4. tuangkan satan digaul rata
  5. akhir sekali masukkan ke dalam loyang yg telah dilengser butter dan dialas dgn ketas minyak
  6. bakar hingga masak selama lebih kurang 45 minit ker 1 jam.

KOCI LABU

sumber resepi dari K Ana - Rinting JB

bahan2

  • 1 bagi tepong pulut
  • 1/2 biji labu kuning dikukus
  • garam secukup rasa
  • kelapa diparut utk dijadikan inti
  • daun pisang utk dibungkus
  • sedikit minyak utk dilenser atas daun pisang

untuk inti
  • kelapa
  • gula putih atau
  • gula merah
kesemua bahan inti hendaklah dimasak sehingga likat.


dadih
  • santan dimasak + garam make sure api kecik. masak sehingga likat

cara2nya
  1. Labu dibuang kulit dan dikukus. JAGAN TERLALU LEMBIK!
  2. kemudian ditumbuk dan digaul dgn tepong pulut
  3. masukkan garam dan gaul sehingga menjadik doh dan boley dikepal2
  4. jadikan bulat2 dan bubuh inti di dalamnya kemudian dibungkus dgn menggunakan daun pisang
  5. akhir sekali dikukus
  6. SELAMAT MENCUBA!

PERINGATAN:
  1. utk inti ikut suka. samada nak letak gula merah atau pon gula putih. ikut citarasa masing2.
  2. minyak atau DADIH >> optional utk disalut luarannya.. ikut selera sendiri yaa

BAKAR ROTI

resepi from Kak Ana Rinting,JB

bahan2

  • 2 biji telor
  • 10/12 keping roti - ikut suka
  • 1 cawan pekat santan @ fresh milk
  • 1 cawan gula
  • 1 tspn vanilla
  • garam
  • raisin optional

cara2nya
  1. 1. Rendam roti dahulu bila dah lembut diramas2. JAGAN terlalu hancur!
  2. 2. Masukkan santan pekat masukkan gula+garam+vanilla.
  3. 3. Akhir sekali barulah masuukan roti yg telah direndam itu tadi.
  4. 4. Loyang disapu butter; masuukan adunan roti tadi
  5. 5. Bakar dgn suhu 180 selama lebih kurang 1 jam.

note; nekPP selalu buat juga bakar roti nie; pelbagaikan ikut citarasa sendiri..yg penting musti kreatif!

STEAM BANANA MUFFIN

by Kak Noreen
from blog Ain >>> tnx 2 both of u!


Bahan-bahan
(10 biji bergantung pada size muffin cases):

  • 2 biji telur
  • 100gm gula pasir
  • 2 biji pisang masak - lecek (dapat dalam 200gm)
  • 150gm tepung naik sendiri
  • 1/8 camt soda bikarbonat
  • 75gm minyak sayur eg. vegetable, canola, olive

cara:
  1. ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan ketepikan
  2. kemudian di dalam mixing bowl pukul gula dan telur sehingga gebu dan kembang
  3. masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan pukul sehingga sebati
  4. setelah itu masukkan pula tepung dan minyak sambil dikacau rata
  5. tuangkan adunan ke dalam muffin cases yang telah disusunkan ke dalam muffin pan atau tin
  6. kukuskan selama 15 min atau sehingga masak dengan api yang kuat


Tuesday 7 April 2009

KARIPAP LAPIS

from blog Cik Mat Gebu *** tnx!
resipi asal dari "Alex Goh"....
nekPP pon ada .. world of bread!


BAHAN INTI :-)

  • 300 g kentang, kupas, cuci dan dadu kecil dan rendam
  • 1 tin ikan tuna, toskan
  • 1 biji bawang besar,
  • didadu2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • (*tumbuk lumat)

  • 1 camca besar sos tiram
  • 5 - 6 helai daun kari, hiris halus
  • 2 camca besar rempah kari
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Sedikit gula
  • Kicap cair secukupnya
  • 1 cawan air

BAHAN PASTRY :-)
  • A...260 g tepung gandum
  • 50 g margarine
  • 20 g gula halus
  • 1/4 camca teh garam
  • 140 ml air (kurang lebih)

B...
  • 180 g tepung gandum
  • 80 g lemak sayur (shortening)

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI :-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk..
UNTUK PASTRY :-
Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.

Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak, mat goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....


SOFT MARBLE CAKE

from my home cooking blog - Noreen tnx!
source: Puan Aini Salim


Bahan-bahan:

  • 270gm mentega
  • 250gm gula kastor
  • 260gm tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 6 biji telur
  • 2 camb susu pekat manis (condensed milk)
  • 1 camb ovalette1 camb air
  • 1 camt esen vanila
  • 10gm serbuk koko
  • 1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna

cara:
griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
ulangi sehingga habis adunan digunakan
ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi
note: sedap, lembut dan senang dibuat