CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 21 May 2009

IKAN SEMBILANG GORENG BERLADA

sumber resepi dari blog paji188 aka ummitini
masakkan nogori nihhhh..sodapppp
mekasihh yeeee ;p


1. ikan sembilang 3 ekor (kerat 3 atau 4 dan goreng)
2. Bawang besar 1 biji, bawang putih 4 biji
3. Cili Api 10 biji (nak kurang pedas kurangkan kuantiti)
4. Kunyit Hidup 1/2 ibu jari
5. Cili Merah 2 biji (belah buang biji)
6. Air asam jawa
7. Sos tiram
8. Gula
9. garam


Cara-cara:

1. Blend bahan no.1 hingga 5
2. Tumiskan hingga terbit minyak
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan sos tiram.
6. Kacau dan rasa. Bila dah cukup manis, masin bole masukkan ikan.
7. Kacau rata. Tutup api, hidang.

SCRAMBLED TOAST

Resepi simple dr Cik Wan
tapi saya ceduk kat
dapur UMMI, Kuantan.
tu yg Suzi kataa
nekPP songlapp plak dari blog suzi
lalu tempek di koleksi resepi sayaaaa
mekasih ye kat puan2 bertigaaaa! ;p


Bahan:-

* 12 keping white bread atau wholegrain - buang kerak tepinya
* 60 gm mentega - suhu bilik
* 4 biji telor
* 1 cawan krim atau susu (*ummi letak susu segar) - saya guna 1/2 cwn susu segar
* 1/4 cawan daun kucai - cincang (*ummi letak daun sup)- utk kali ni tak letak.
* sosej secukupnya - cincang halus
* sedikit garam dan pepper
* sos cili (*ummi tambah ni)
* mayonis (*ummi tambah)



Cara-Cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dengan menggunakan rolling pin, canaikan roti tadi menjadi nipis sedikit. Sapukan kedua2 belah roti dengan mentega dan masukkan ke dalam muffin pan.
2. Bakar selama 15 - 18 minit atau sehingga keperangan.
3. Sementara itu panaskan kulai dengan 1 camb mentega dengan api yang sederhana.
4. Dalam bekas, satukan 4 biji telor, 1/2 cawan krim/susu, garam, pepper dan pukul sebati.
5. Tuangkan adunan telor tadi ke dalam kuali dan kacau selama 1 minit dengan api yang perlahan.
6. Taburkan daun kucai/sup dan cincangan sosej. Kacau hingga telor masak.
7. Sudukan telor tadi ke dalam roti yang telah dibakar dan taburkan sedikit pepper lagi sebelum dihidangkan panas2.


KAYA

sumber resepi dari blog Suzi
mekasihhhh yaaa suz!!

  • 300 gm gula
  • 125 ml air panas
  • 3 biji telur
  • 300ml santan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 helai daun pandan - takde pun takpe
  • 1 sudu merjerin - untuk kilatkan
Cara2:-
  1. Sediakan gula hangus, ambil 100gm gula dan hanguskan. Tutup api dan masukkan air panas kemudian masak semula hingga pekat .
  2. Kacau baki gula dan telur, masukkan santan. Tapiskan, kemudian tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan tersebut.
  3. Bubuh daun pandan dan masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau sehingga pekat. Masukkan marjerin dan kacau hingga berkilat.

Saturday 16 May 2009

PANDAN KAYA

sumber resepi dari Blog Suzi
mekasih yaaa suziiii ;))


Bahan2:

3 biji telur

220 gram gula ( kena letak gula banyak sikit untuk kaya tahan lama)

1 tin santan

beberapa titik perasa pandan

beberapa titik pewarna hijau

1 sudu besar bancuhan tepung gandum

satu helai daun pandan di simpul

Caranya.

1. Bancuh semua didalam bekas adunan dan kacau di dalam periuk hingga pekat, kena kacau selalu ye guna api sederhana. Bila kaya agak pekat, jangan terlalu pekat ( agak-agak je) tutup api dan sejukkan dahulu sebelum diletakkan di dalam botol atau bekas. Simpan di dalam peti ais. Selamat mencuba.

BREAD & BUTTER PUDDING

sumber resepi dari Chef Inahar Ali
mekasih yaaa yanggggggggg ;p
nekpp rembat masuk list koleksi resepi yeee

BAHAN2 NYA:

10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)
butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla

Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)

Sunday 10 May 2009

EGGS BENEDICT

dari Blog Ain
sumber resepi dari Blog Suzi nuu di Adealide
mekasihhh yaaaaaa ;))


Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam

Cara-cara

  1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

Friday 8 May 2009

sumber dari blog kak ummi
resepi dari
Shima,


Bahan:-
  • 180 gm sago biji (cuci, rendam 15 minit dan toskan.)
  • 120 gm kelapa parut muda
  • 140 gm gula melaka (*ummi guna 1 keping gula kabung, hancurkan)
  • secubit garam
  • daun pisang untuk alas loyang (*ummi xda ni)

Cara-cara:-
Panaskan kukusan. Sementara itu, satukan sume bahan dalam bekas kecuali gula melaka. Kacau gaul rata-rata. Kemudian masukkan setengah adunan dalam loyang, ratakan. Tabur gula melaka di atasnya. Kemudian tuangkan baki adunan di atasnya. Kukuslah selama 1 jam hingga sago masak. (*ummi buat dalam acuan kecik2, senang nk ngapp!)

DONUT - KAK UMMI

sumber dari Blog Kak Ummi
tnx xoxoxoxoxox

Bahan A:-
  • 600 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm gula
  • 30 gm susu tepung
  • 1 sudu kecil garam
  • 11 gm (1 paket) yis mauripan
Bahan B:-
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 330 ml air suam
  • 60 gm marjerin (*ummi guna butter)
  • 1 sudu kecil bread softner (*ummi xda stok dah, ganti bread improver lak!)
Bahan C (Untuk Menggoreng):-
  • 500 ml minyak
  • 1 sudu besar marjerin (ummi letak butter)
Cara Membuat:-
Gaulkan semua bahan A supaya sama rata. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin (ummi guna mixer low speed) selama 20 minit (ummi wat 5 minit je), pastu uli dalam 10 minit. Bulatkan dan tutup doh. Perapkan selama 1 jam sehingga naik sekali ganda. Kemudian ambil doh dan canaikan biar rata. Terapkan dengan acuan donut hingga habis. (*Ummi guna permukaan gelas je). Rehatkan doh biar naik selama 20 - 30 minit. Panaskan bahan C dalam kuali dan masukkan donut dan perlahankan api. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Bila telah sejuk, golekkan dengan gula kastor. Hidangkan..

Sumber dari Blog Kak Ummi
resepi asal dari kak Hanieliza
mekasihhhhhhhhhhhhh!!

Bahan:-
  • 2 cawan beras pulut (basuh dan rendamkan) - ummi rendam 3 jam
  • 2 cawan santan
  • sedikit garam
  • 1 cawan jus pandan
  • 1/2 biji kelapa muda parut (gaul bersama sedikit garam)
Cara Memasak:-
Masukkan kesemua bahan kecuali kelapa parut, ke dalam loyang dan kukus hingga masak (lebihkurang 30 minit). Bila masak, sejukkan sebentar. Keluarkan pulut tadi dan masukkan ke dalam acuan tudung botol yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekan kuat sikit agar pulut mampat dan kemas. Keluarkan (dengan menarik plastik alas tadi) atas kelapa parut, ratakan dan letak dalam pinggan hidangan. Hidangkan bersama air gula merah

SUM SUM MARBLE

sumber resepi dari Blog Kak Ummi
kak umii ceduk dari MR
tnx xoxox...


Bahan:-
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kanji
  • 1 sudu teh garam halus
  • 5 cawan santan pekat
  • pewarna coklat (*ummi tukar air pandan)
  • 1 helai daun pandan (semasa mengacau adunan)

Cara Membuat:-
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Masak dalam periuk dengan api perlahan. Kacau selalu sehingga adunan pekat dan berkilat. Bahagikan adunan kepada dua. Satu putih dan satu lagi coklat/hijau. Tuangkan berselang seli ke dalam loyang atau bekas2 kecil dan biarkan ia beku. Hidangkan bersama air gula melaka.

POPIA GORENG BERCILI

Sumber resepi dari Blog Kak Ummi
resepi dari Kak Liza
mekasihh yaa puan2..


Bahan:-
Kulit popiah secukupnya
minyak utuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air = bancuh untuk gam popia
Inti Popia:-
  • 200 gm udang - hiris halus
  • 1 batang carrot - sagat/racik halus2
  • 1 mangkuk kobis - hiris2 halus
  • 5 batang kacang panjang - potong halus (*ummi x isi ni)
  • 1 tangkai cili merah - potong halus2
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar minyak
  • garam
Cara Membuat:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan carrot. Kacau rata. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah sayur turun. Ambil kulit popiah, dan letak intinya. Gulung seperti menggulung kuih ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.

Bahan Sos Cili:-

  • 2 sudu besar cili mesin
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula (*ummi letak hampir 2 sudu besar)
  • 3 sudu besar minyak
  • garam
  • bijan untuk tabur (jika suka)

Cara Membuat:-

Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.

MERTABAK MAGGIE

sumber dari Blog Kak Ummi
tnx xoxox!

Bahan:-
  • 2 bungkus maggi perisa kari + 1 bungkus perencahnya
  • 4 biji telor
  • 1 1/2 biji cili merah - hiris halus2
  • 1/2 biji bawang besar - hiris halus nipis
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
Cara Membuatnya:-
Celur maggi dan toskan. Dalam mangkuk, pukul telor hingga kembang. Masukkan perendah kari maggi tadi ke dalam adunan telor. Masukkan juga cili, bawang, lada sulah dan garam secukup rasa dan pukul adunan hingga sebati. Akhir sekali masukkan maggi ke dalam adunan telor, gaul sebati. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi seperti membuat telor dadar. Sedap untuk breakfast or minum petang..!!

LAPIS ROTI BERDAGING

Sumber resepi dari Blog Kak Ummi
resepi asal dari Kak-e..
mekasih ya puan2 berduaaa

Bahan:- (6 - 8 orang)
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 500 gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari (*ummi letak 2 sudu besar)
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • 12 - 14 keping roti putih
  • 500 ml susu segar
  • 3 biji telor
  • garam secukup rasa
  • parutan cheese (*ummi letak mozarella cheese)
  • marjerin untuk melenser loyang

Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
  2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
  3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
  6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
  7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
  8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
  9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.

MURTABAK CRACKERS LAPIS

Sumber resepi dari Kak Ummi Home Sweet Home

tnx so much yaa!


Bahan:-
  • 45 keping biskut cream crackers
  • 4 biji telor (dipukul sedikit)

Bahan untuk celupan biskut:-

  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan Inti:-

  • 400 gm daging kisar Ramly
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar marjerin
  • garam
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu/mayang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 cm halia - tumbuk

Cara Membuat:-

  1. Alaskan loyang 4 segi 25 cm (ummi guna 22 cm) dengan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Panaskan minyak dan marjerin dalam kuali. Tumis bahan yang dimayang/dadu hingga wangi.
  3. Masukakn rempah kari dan kacau sampai wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau sekejap. Masukkan air dan reneh hingga air tinggal sedikit dan daging masak. Biarkan pekat dan kering sedikit. Masukkan sos cili dan garam, gaul rata.
  5. Kacau bahan celupan dan celupkan biskut.
  6. Susunkan biskut di dasar loyang anggaran 9 keping bagi setiap lapisan.
  7. Taburkan 1/4 daripada bahan inti dan taburkan juga 1/4 bahagian telor yang telah dipukul.
  8. Ulang lapisan sehingga menjadi 5 lapisan.
  9. Tuangkan lebihan susu yang digunakan untuk celupan biskut tadi.
  10. Letakkan sedikit mentega atas lapisan biskut yang akhir.
  11. Bakar dalam oven selama 1 jam atau murtabak kelihatan masak.

APAM AMBON

sumber resepi dari blog Kak Ummi
tnx soooooooo much!

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)
  • 4 biji telur
  • 100 gram tepung halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 110 gram gula halus
  • 2 sudu the ovalette
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
  4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
  8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
  9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.

KEK BATIK - KAK UMMI

sumber resepi dari blog Kak Ummi
tnx ya kakkk..


Bahan-bahan:
  • 600 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm buttercup
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • (boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat:-
Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.

MEE BANDUNG MUOR

sumber resepi dari Blog Cik Mat Gebu
mekasih yaaa
(1 paket perencah tu untuk 1 kg mee kuning).

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 1 kg mee kuning
  • 300 g daging
  • 10 - 15 ekor udang besar
  • 3 pokok sawi hijau
  • 1 biji tomato, belah 4
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya
  • 1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar dibawah)
  • 5 - 6 biji telur
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
  • Hirisan daun sup*
  • Hirisan cili merah*
  • Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  5. CATATAN MAT GEBU :-) Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.

Wednesday 6 May 2009

WALNUT CARROT CAKE

sumber resepi dari FA
tnx sooo very much yaaaa

Walnut Carrot Cake

10" round cake tin

Ingredients

4 Eggs
1 1/4 Cups corn oil
2 cup Sugar
2 tsp Vanilla extract

Sift
2 Cups All purpose flour*
2 tsp baking soda*
2 tsp baking powder*
2 tsp ground cinnamon*
1/2 tsp salt*

3 cups grated carrots
1/2 cup Chopped walnut
1/3 cup sultana or raisins

Method

1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and line with paper a 10 inch round pan.

2. In a mixer, beat together eggs, oil, white sugar and 2 teaspoons vanilla. Add in sifted flour and combine well, stir in carrots. Lastly fold in chopped walnut and sultanas or raisins in batter. Pour into prepared 10" pan.

3. Bake in the preheated oven for 40 to 50 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely.


Cream Cheese Frosting

1/2 cup butter, softened
8 ounces cream cheese, softened
3 1/2 cups powdered sugar (sifted)
1 teaspoon vanilla extract
1 tsp lemon zest

Method

1. In a medium bowl, beat butter and cream cheese until smooth, add in powdered sugar and 1 teaspoon vanilla. Lastly add in lemon zest and beat until creamy.