CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 1 February 2010

KEK KEJU TIRAMISU

SUMBER DARI BLOG K ZAI @ TERATAK IMPIAN
MEKASIH BEBANYAKKKKKKKKKKKK KAK!!


Bahan-bahan:
1 biji kek span kopi berukuran 8 inci - sy guna span coklat

isian keju:
250 gm keju krim Philadelphia
120 gm gula castor
150 gm yogurt perisa asli
200 gm krim putar tenusu (Dairy Whipping Cream)
20 gm gelatin halal
80 ml air

Bahan sirap kopi disatukan:
1 sudu makan kopi segera nescafe
3 sudu besar gula
1/4 cawan air panas

Hiasan:
Serbuk koko

Cara2:

  1. Belah kek span kopi kepada dua lapisan.Potong bahagian atasnya (takut krim x melekat).Ketepikan- sy telangkupkan je sbb sayang nk potong.
  2. Krim putar hendaklah di disejukkan dan dipukul hingga kembang.Simpan dahulu dalam peti sejuk.
  3. Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukan gula dan pukul hingga kembang dan pekat (5 minit) masukkan yogurt dan krim putar yg disejukan tadi dan pukul hingga sebati
  4. Gelatin dan air dicampurkan dan panaskan atas api kecil atau dlm microwave hingga cair dan jernih dan sejukkan hingga jadi suam2 sedikit .
  5. Campurkan gelatin cair kedalam adunan keju bersama krim putar tadi.Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 1 minit agar ia pekat sedikit tapi jgn sampai beku.
  6. Ambil selapis kek span dan letakkan kedalam tin bulat 8 inci yg bolih ditanggalkan bawahnya.Renjiskan sirap kopi supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2 dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim ditepi kek.
  7. Letakan lapisan kedua dan renjiskan sirap kopi atas lapisan ini.Tuangkan lebihan krim keju atas kek dan menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2 hingga 3 kali atas meja agar krim keju sampai kebawah.Taburkan serbuk koko diatasnya dgn menggunakan penapis kopi.(sy taburkan selepas disejukkan dan semasa nak menghidang.
  8. Sejukkan kek dalam peti dingin beku selama 5 jam hingga keras. (sy sejukkan pd bahagian bwh je)