SUMBER RESEPI ZASS DI BLOG HANA JEPUN ;))
TNXXXXXX SOOO MUCH YAAA ;))
Bahan-bahan
Lapisan bawah
- 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
- 21/2 cawan santan cair
- 1 sudu teh garam
- sehelai daun pandan
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kastard
- 2 cawan santan pekat
- 1 biji telur
- 3 sudu makan gula - hana buh 5 sudu
- sedikit garam
- pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)
- Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
- Masukkan semua lapisan bawah dan kukus hingga masak.
- Apabila masak, kluarkan daun pandan dan tekan pulut ke dalam loyang sehingga mampat. - k.ct menggunakan plastik sebagai alas loyang supaya senang nak keluarkan.
- Bancuh semua bhn2 lapisan pelangi kecuali pewarna kemudian tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan setiap mangkuk satu warna pilihan.
- Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
- Tuang lapisan merah dan kukus 10minit. buat lapisan seterusnya sehingga habis. - hana balut tutup pengukus ngan kain agar air tidak menitik ke atas kuih.
- Lapisan terakhir kukus lebih kurang 30minit.
- Sejukkan baru boleh dipotong.