CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 1 February 2010

BLACK FOREST CHEESE CAKE - K ZAI

SUMBER RESEPI DARI BLOG TERATAK IMPIAN @ K ZAI..
TNX SOOOOOOOOOOOO MUCH YAAA KAK ZAI ;))



Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - saya guna biskut digestives
125 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh coklat emulco

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

Bahan-bahan D:
1 tin pitted black cherries

Topping:
150 ml jus ceri - saya campur dgn bluebery topping(filing) dan kurangkan jus ceri
1 sudu besar tepung jagung - saya guna 2 sudu teh gelatin + 2 sudu besar air dan diboilkan

Cara:

  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco.Kacau rata.
  3. Tuangkan mentega bercampur coklat kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah ceri.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
  9. Buat topping dgn mencampurkan jus ceri dan tepung jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api.
  10. Tuangkan jus ceri hingga habis.Atur buah ceri.simpan dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..(saya cuma masukkan selama 2 jam sahaja kerana kek ni cepat keras)