CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 12 September 2009

AYAM DARA SEHARUM KASTURI

sumber resepi dari Majalan Nona September 09 @ Chef Raman (Adabi)

bahan2

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 & dibersihkan
  • 10 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 1 paket serbuk rempah kurma
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 1 tspn serbuk kunyit
  • 2 paket serbuk santan
  • garam secukup rasa
  • minyak utk mengoreng

cara2nya
  1. gaul ayam dgn serbuk kunyit dan rempah kurma. perap 2 jam.
  2. panaskan mingya dang goreng ayam hingga kuning dan masak. ketepikan.
  3. menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis lebihan rempah perapan ayam tadi.
  4. masukkan serbuk santan dan sedikit air. masukkan jus limau kasturi+garam secukup rasa dan masak ingga mendidih dan sedikit pekat.
  5. angkat dan tuangkan di atas ayam goreng tadi.
NOTE: Masakan ini tidak perlu menggunakan bawang dan halia kerana rempah kurma dan serbuk kunyit sudah cukup mengharumkan. Ditambah pula dgn perahan air limau kasturi.