CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 6 November 2009

SUMBER RESEPI DARI AM FLORA
MEKASIH BANYAK2 YERRR PUAN AM!!

Utk kaler coklatnya, akak letak coklat emulco, tak rugi... memang sedap sangat! Time bakar tu, adoi..wangi dan harum satu rumah bila ubi bertemu dgn coklat emulco tu! Sesape x caye boleh cuba...

KEK LAPIS UBI KAYU [sumber : Pn Juriah Abdullah (Buku Resipi Pesta Perut)]

Bahan-Bahan :

  • 1 kg ubi kayu parut
  • 6 biji telur yang besar
  • ½ sudu teh rata garam halus
  • 1 sudu teh chocolate paste (akak letak coklat emulco)
  • 1 sudu makan pewarrna kuning
  • 1 sudu teh sebuk vanilla
  • 250 ml santan (dari 2 biji kelapa -nak senang, gunakan santan dlm kotak)
  • 380 gm gula halus
  • 300 gm mentega
  • 150 gm tepung gandum

1 loyang berukuran 9’x 6’x 3’ atau 8’ x 8’ x 3’( Sapu keliling dengan sedikit mentega dan alas dgn kertas kuih/tracing )

Cara:

  • Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. (kite tos kat tapis je..)
  • Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit.
  • Biarkan sagunya mendap dan perlahan-perlahan buang airnya.
  • Ambil sagunya yang mendap itu, dan masukkan ke dalam ubi kayu yang diperah tadi.
  • Gaul rata dan ketepikan.
  • Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih).
  • Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata, dan sejukkan.
  • Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla.
  • Pukul lagi hingga rata dan sebati.
  • Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan warna kuning.
  • Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
  • Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak.
  • Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi.
  • Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.
  • Untuk lapis terakhir, gunakan api oven dgn suhu 150 hingga 175 darjah selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.
  • Sejukkan, kemudian barulah dipotong