Cara-cara
Tuesday 23 February 2010
TAHU GORENG SINGAPURA
NASI KABULI KAMBING
STRAWBERRY MOUSSE CAKE
Bahan-bahannya :
bahan-bahannya:
Monday 22 February 2010
BAHULU KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 butir telur
200gm gula pasir (Rinn guna gula castor)
1 tsp esen vanilla
1/2 sudu besar ovalette
210gm tepung halus/superfine
60ml santan (Rinn guna santan kotak)
Kismis secukupnya (Rinn guna buah2an campur utk kek buah)
CARA-CARA:
1. Pukul gula castor, ovalette dan telur sehingga pekat dalam 6 minit dengan kelajuan tinggi.
2. Ayak tepung. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar setakat adunan sebati.
3. Masukkan santan dan adun sebati.
4. Perapkan adunan 20 minit.
5. Isikan adunan dalam papercup yang sesuai, 3/4 penuh.
6. Taburkan kismis dan kukus selama 10 minit.
Thursday 4 February 2010
ROJAK TEPUNG
MEKASIH YERKKK CIFUUUU...HEEE HEEE
- 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
- 40g kacang tanah - goreng n blend
- 40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
- *segenggam udang kering
- *sebiji bawang besar
- *5 biji bwg merah
- *3 ulas bwg putih
- gula melaka
- air secukupnyer - dlm 6-7cwn
- garamgula putih - klu tk cukup manis tambah lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
- 2 cwn tepung gandum
- satu sudu makan rata yis
- 3 sudu gula
- garam
- air
- pewarna kuning - optionalmyk utk deep fry
- ikut suka la mana2 nk buh!
- timun - hiris
- tauhu - goreng n hiris
- tempe goreng - hiris
- sengkuang - hiris
- salad lettuce - hiris
- kangkung celur (optional)
- taugeh celur (jika suka)
- telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
- kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
- ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayammee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
perap adunan selama 1 jam.
panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
CARA HIDANGAN -
Posted by NekPP at 7:06 pm
Monday 1 February 2010
KEK KEJU TIRAMISU
SUMBER DARI BLOG K ZAI @ TERATAK IMPIAN
MEKASIH BEBANYAKKKKKKKKKKKK KAK!!
Bahan-bahan:
1 biji kek span kopi berukuran 8 inci - sy guna span coklat
isian keju:
250 gm keju krim Philadelphia
120 gm gula castor
150 gm yogurt perisa asli
200 gm krim putar tenusu (Dairy Whipping Cream)
20 gm gelatin halal
80 ml air
Bahan sirap kopi disatukan:
1 sudu makan kopi segera nescafe
3 sudu besar gula
1/4 cawan air panas
Hiasan:
Serbuk koko
Cara2:
- Belah kek span kopi kepada dua lapisan.Potong bahagian atasnya (takut krim x melekat).Ketepikan- sy telangkupkan je sbb sayang nk potong.
- Krim putar hendaklah di disejukkan dan dipukul hingga kembang.Simpan dahulu dalam peti sejuk.
- Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukan gula dan pukul hingga kembang dan pekat (5 minit) masukkan yogurt dan krim putar yg disejukan tadi dan pukul hingga sebati
- Gelatin dan air dicampurkan dan panaskan atas api kecil atau dlm microwave hingga cair dan jernih dan sejukkan hingga jadi suam2 sedikit .
- Campurkan gelatin cair kedalam adunan keju bersama krim putar tadi.Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 1 minit agar ia pekat sedikit tapi jgn sampai beku.
- Ambil selapis kek span dan letakkan kedalam tin bulat 8 inci yg bolih ditanggalkan bawahnya.Renjiskan sirap kopi supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2 dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim ditepi kek.
- Letakan lapisan kedua dan renjiskan sirap kopi atas lapisan ini.Tuangkan lebihan krim keju atas kek dan menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2 hingga 3 kali atas meja agar krim keju sampai kebawah.Taburkan serbuk koko diatasnya dgn menggunakan penapis kopi.(sy taburkan selepas disejukkan dan semasa nak menghidang.
- Sejukkan kek dalam peti dingin beku selama 5 jam hingga keras. (sy sejukkan pd bahagian bwh je)
Kek Keju Tiramisu Simple
SEKODENG DARI BLOG TERATAK IMPIAN @ K ZAI
Sumber: umi_e (myresepi.com)
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
KEK EPAL DARI SYURGA
SEKODENG DARI BLOG TERATAK IMPIAN @ K ZAI...
sumber: Alex Goh
Bahan-bahannya
Bahan A
250 g butter
230 g gula halus
Bahan B
5 biji telur
Bahan C
120 ml yogurt (saya guna krim masam sahaja)
Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat
Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana
1/2 tsp serbuk kayu manis
Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.
BLACK FOREST CHEESE CAKE - K ZAI
SUMBER RESEPI DARI BLOG TERATAK IMPIAN @ K ZAI..
TNX SOOOOOOOOOOOO MUCH YAAA KAK ZAI ;))
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - saya guna biskut digestives
125 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh coklat emulco
Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit
Bahan-bahan D:
1 tin pitted black cherries
Topping:
150 ml jus ceri - saya campur dgn bluebery topping(filing) dan kurangkan jus ceri
1 sudu besar tepung jagung - saya guna 2 sudu teh gelatin + 2 sudu besar air dan diboilkan
Cara:
- Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.
- Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco.Kacau rata.
- Tuangkan mentega bercampur coklat kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
- Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
- Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.
- Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
- Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
- Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah ceri.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
- Buat topping dgn mencampurkan jus ceri dan tepung jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api.
- Tuangkan jus ceri hingga habis.Atur buah ceri.simpan dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..(saya cuma masukkan selama 2 jam sahaja kerana kek ni cepat keras)