CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 23 February 2010

NASI KABULI KAMBING

SUMBER RESEPI DARI WARISAN ISKANDAR PUTERI..
beliau anak jati johor..ZURA..
TNX SOO VERY MUCH!!!


Bahan-bahannya

Bahan A

4 inchi halia
*4 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*dimayang
6 butir bunga cengkih
6 butir buah pelaga
Kulit kayu manis selebar jari
(Kesemua bahan ini hendaklah dibungkus di dalam kain kasa)

Bahan B

3 paun @1.5kg daging kambing yang tiada berlemak
(paling bagus daging kambing muda diambil pada bahagian peha belakang)
garam secukup rasa
Daging dipotong selebar 4 jari atau selebar tapak tangan, buang lemak-lemaknya dan basuh bersih kemudian direbus. Apabila mendidh kira-kira 1/2 jam lamanya buangkan airnya. (Air darah) dan tuangkan air yang baru lalu dimasukkan bahan A dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih hingga empuk daging itu barulah diangkat dan asingkan kuah dan daging. Tapis air perebus daging dengan menggunakan kain kasa, ambil air yang jernih sahaja.



Bahan C

2 labu bawang besar dimayang halus
Daging yang telah direbus tadi
6 gelas air perebus daging tadi
1 gelas susu cair dicampur bersama *
1 camca teh kuma-kuma*
4 camca besar air mawar*


Cairkan minyak sapi dan tumis bawang besar yg telah dihiris sehingga layu. Masukkan daging rebus dan kacau rata-rata, kemudian masukkan air perebus daging tadi dan masukkan susu yang telah dicampur dengan air mawar yang telah dicampur bersama koma-koma, susu cair garam dan daun ketumbar. Kalau kurang air tambahkan dengan air sejuk sehingga cukup mengikut jenis beras. Setelah mendidih air barulah masukkan beras yang telah dicuci dan telah ditoskan airnya. Bila hendak kering masukkan segenggam kismis dan kareh pelahan-lahan supaya rata minyaknya. Setelah itu tutup rapat-rapat dan bila telah kering betul barulah dihidang.