CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 1 February 2010

KEK EPAL DARI SYURGA

SEKODENG DARI BLOG TERATAK IMPIAN @ K ZAI...
sumber: Alex Goh

Bahan-bahannya

Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt (saya guna krim masam sahaja)

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana
1/2 tsp serbuk kayu manis

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.