CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

Friday, 8 May 2009

APAM AMBON

sumber resepi dari blog Kak Ummi
tnx soooooooo much!

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)
  • 4 biji telur
  • 100 gram tepung halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 110 gram gula halus
  • 2 sudu the ovalette
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
  4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
  8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
  9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.

Wednesday, 29 April 2009

APAM BELANDA

Sumber Resepi dari blog K Am..
meaksihh ya kakkkk

Bahan-bahan
  • 250ml susu cair
    150 tpg gandum
    50g tpg jagung
    40g gula halus
    secubit garam
    1 sudu kecil yis
    2 biji telur
    60g mentega - cairkan

INTI - coklat chip. - tp akak gune inti red beans dgn oren.

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan dan gaul rata. kecuali susu dan telur.
  2. pukul telur guna garfu sekejap. masukkan beserta susu cair ke dalam tpg. gaul sebati.
  3. rehatkan adunan selama sejam. tutup dengan kain atau plastik wrap.
  4. kemudian masukkan butter yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
  5. panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
  6. sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran.
  7. tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
  8. bila dah kembang dan kuning, angkat

Saturday, 25 April 2009

APAM GANDUM

sumber dari Cik Mat Gebu
mekasihhhh cik mattt

** jangan lupa disajikan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

Saturday, 11 April 2009

APAM BALIK

Apam_balik

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Sunday, 5 April 2009

APAM SERI AYU

by Hajar
from Resepi.Net >>> tnx!

Bahan2nya
2 biji telur
# 1 cawan gula
# 1/2 sudu makan ovalet
# 1/2 sudu teh esen vanila
1 cawan pati santan - kita guna semi skimmed fresh milk
pewarna yg disukai
2 cawan tepung naik sendiri
** jika takde tepung naik sendiri guna g/gandum
+ 1tspn serbuk penaik
kelapa parut + garam + tepung ubi - agak2 le ye

cara2nya
1. Pukul bahan # hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan/susu segar, sebatikan 2. Masukkan tepung. Gaul sebati bersama dgn pewarna yg disukai 3. Sapu acuan dgn sedikit minyak, isikan sedikit campuran kelapa parut ke dlm acuan...tekan2kan sedikit 4. Masukkan pula adunan tepung tadi 5. Kukus 10-15 minit

APAM BALIK

BY MS.OREO @ MYRESIPI
from zAiy's blog >>> tnx!

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur :
-Kacang tanah yang sudah dikisar
-Jagung krim (saya tambah), tapi jagung krim yg saya beli tu, jagungnya tak nampak, krim aje yg lebih..huhuu..

Cara-cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang,Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

STEAM COCONUT BOLSSOM

Sumber: Halimah Anang
from Resepi.Net >>> tnx!


Bahan-bahan:
3 biji telur sejuk
9 ozs gula
10 ozs solftasilk flour
2 ½ tsp baking powder
1 tbsp ovalette
5 ozs coconut cream (santan pekat)
1 oz air pandan
1 tsp warna hijau

Peraturannya:
1. Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit.
2. Campurkan warna hijau dan gaul rata.
3. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.

INTI
1 oz gula
3 ½ ozs gula melaka
2 ozs air
1 tsp cornflour
1 helai daun pandan
8 ozs kelapa parut

Peraturannya:
1. Masukkan dalam periuk seperti gula, gula melaka, cornflour dan daun pandan masak sampai mendidih. 2. Masukkan kelapa parut dan kacau rata serta masaklah sampai kering.

APAM MARMAR

Sumber : Mat Gebu
from Resepi.Net >>> tnx!

Bahan
250gm tepung hig raising flour
200ml santan
180gm gula halus
2 biji telur gred A (saya letak 3 biji telur C)
1 camca teh esen vanilla
1 camca makan ovallete
secubit garam
pewarna merah & hijau

Cara
Masukkan semua bahan kecuali pewarna, pukul perlahan sehingga sebati.
Lajukan speed dan putar sehingga adunan pekat dan kembang, bahagikan 3 bhgn.
Masukkan pewarna dan isikan dlm papercup.
Kukus sehingga masak.

HARUM MANIS

Sumber : Siti Mastura

from Resepi.Net >>> tnx!

Bahan-bahannya
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
(3 bahan diatas diayak)
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-caranya
Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
Pukul telur dan gula hingga naik.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.

APAM KELEDEK

Sumber: Linda ZA
from Resepi.Net >>> tnx!

Bahan A
3 tbsp tepung gandum
2 tsp yeast
1 tst gula
3 tbsp air suam
Kesemua bahan di atas di campur dan biarkan 5-10 minit.

Bahan B
200g ubi keledek (rebus dan lenyek)
180g gula
1 biji telur
150ml santan pekat

Bahan C
200g tepung gandum
1tsp double action baking powder

Cara-caranya:
1. Campur bahan-bahan B, kacau sebati.
2. Masukkan bahan A dan bahan C. Kacau lagi hingga gebu sedikit.
3. Perap selama 1 jam, kukus selama 20 minit atau hingga masak.

APAM CHOCOLATE

Sumber: Ayu Liana
from Resepi.Net >>> tnx!


Bahan A:
150g tapai ubi (buang batang yang ada didalamnya dan blend sampai halus)
300g tepung beras kualiti baik (yang masih baru)
100g tepung gandum
75g tepung sago

Bahan B:
325g gula
300ml freshmilk perisa coklat

Bahan C:
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla essen

Bahan D:
1/2 sudu makan chocolate emulco
1 sudu teh baking powder double act.

Bahan E:
375 air kelapa segar

Cara membuatnya:
1. Campur dan kacau bahan A sehingga rata, masukkan bahan B secara bertahap dan bergantian sedikit demi sedikit sampai gula larut.

2. Masukan bahan C, lalu bahan E, kacau sehingga rata.last masukan bahan D. Kacau lagi sehingga tercampur rata. diamkan selama 4 jam.Tutup adunan dengan plastik.

3. Sapu minyak pada loyang. Setelah adunan di diamkan selama 4 jam segera tuang dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Bila sudah masak,angkat dan sejukan. Walau terbuat dari tepung beras,dan sudah 2 hari, kek ini tetap moist.


BUTTER CUSTARD FILLING

Bahan-bahan:
400 ml susu milo (dari 2 bungkus susu milo instant) larutkan dengan air panas

75 g gula pasir /(sesuai selera, tak nak manis, boleh kurangkan).
¼ sudu teh garam
50 g custard powder
75 ml air sejuk

1 butir telur, kacau sekejap
3 sudu makan butter

vanilla essen secukup rasa
1/2 sudu makan choc emulco

Caranya:
1. Rebus susu milo dengan api kecil sampe mulai mendidih sambil kacau dengan whisk.
2.Sementara menunggu mendidih, larutkan custard powder dengan 75ml air sejuk, masukan telur & kacau sehingga tercampur rata. Tuang telur & custard tadi sekaligus ke dalam susu milo yang tengah mendidih, kacau cepat dengan whisk sehingga kental dan rata. kacau sampai adunan meletup-letup & masak, matikan api.
3.Masukan butter & vanilla. kacau sehingga rata, sejukkan.


Penyelesaian:
Belah kek apam secara horizontal menjadi 3 bagian. salut dengan filling butter. Timpa dengan selapis kek. Salut lagi dan timpa dengan kek lagi. Sejukkan.

APAM WA KO KOAY

Sumber : Rossya
from Resepi.Net >>> tnx!


Bahan-bahan
600G tepung beras
350g gula pasir
700ml air
5 helai daun pandan
225g tapai nasi dibuang airnya
2 sudu makan Eno


Cara Membuatnya
1. Masak gula dengan separuh air, daun pandan dan sejukkan, Mesin tapai nasi sampai halus. Kacau tepung dengan baki air, air gula dan tapai nasi. Tapis. Simpan adunan selama 1 jam atau lebih.
2. Apabila hendak mengukus nya, baru masukkan 2 sudu makan Eno dan dikacau rata2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bubuhkan pewarna kegemaran anda. Kukus selama 7-10 minit.. Apam ini enak dimakan bersama gula tanjung dan kelapa parut yang telah dikukus.



TAPAI NASI

600g nasi sejuk
1 biji ragi kecil

Cara
1. Ragi ditumbuk halus dan ditapis. Kemudian di gaul kan bersama nasi sejuk hingga rata. Masukkan kedalam bekas ketap udara dan dibungkus dengan kain. Simpan selama 2 hari, sehingga menjadi tapai nasi. Bila tapai ini betul2 sudah menjadi, buang airnya dan boleh lah disimpah dalam peti sejuk. Bila hendak digunakan, keluarkan jumlah yang diperlukan, lebihannya di simpan kembali dalam peti sejuk..

APAM WARNA WARNI

Sumber : Wan MAstura
from Resepi.Net >>> tnx!

Bahan-bahan
320 gm tepung gandum
1 tsp baking powder
250 gm gula castor
2 tsp esen vanilla
2 biji telur gred A
1 tsp ovallate
240 gm air
2 tbsp susu manis coloring

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer.
2. Putar dengan kelajuan maximum hingga kembang (texture macam sponge cake).
3. Isikan dalam paper cup.
4. Kukus dengan api kuat selama 10 minit. Angkat dan hidang...

APAM AISKRIM

Gambar & Kiriman : Mak Lang Azie
from Resepi.Net >>> tnx!

Bahan A
250g gula castor
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (maklang guna tepung naik sendiri)
1st baking powder

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)