CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

Wednesday, 15 April 2009

PINEAPPLE TART

sumber resepi dari Inahar
dari blog Ain >>> tnx both of u!

Bahan Untuk Pastri

  • 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna)
  • 50gm badam kisar(halus)
  • 60gm gula castor
  • 125gm mentega (suhu bilik)
  • 1 biji telur (suhu bilik)
  • 1 sudu teh esen vanilla.

Caranya
  1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.
  2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
  3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(Do not overknead or pastry won't be flaky) takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
  4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan tepinya.
  5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
  7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
  8. Sejukkan sebelum di masuk filing.

Filing
  • 20gram tepung serbaguna
  • 120gram badam kisar(i guna badam kisar + cincang)
  • 100gram gula perang
  • 125gm mentega (suhu bilik)
  • 1 biji telur

Cara-cara
  1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.
  2. Ketepikan.
  3. Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.
  4. 1 tin buah peach (I ganti dgn mangga)
  5. Gula aising (diayak keatas tart)
  6. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan mango yang telah ditos.
  7. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  8. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dh masak.

Sunday, 5 April 2009

GREEN PRINCESS COOKIES

by Kak Ummi
from ain's blog >>> tnx yaa!

Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-
coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
manik gula warna warni

Cara-Cara:-
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.