CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts
Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts

Tuesday, 23 February 2010

TAHU GORENG SINGAPURA

SUMBER RESEPI DARI HANA JEPANG..
MEKASIH YAAAAAAAAAAAAAAAAA YANG!!

ahan-bahan
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
Cara-cara
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!

Saturday, 12 September 2009

AYAM DARA SEHARUM KASTURI

sumber resepi dari Majalan Nona September 09 @ Chef Raman (Adabi)

bahan2

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 & dibersihkan
  • 10 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 1 paket serbuk rempah kurma
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 1 tspn serbuk kunyit
  • 2 paket serbuk santan
  • garam secukup rasa
  • minyak utk mengoreng

cara2nya
  1. gaul ayam dgn serbuk kunyit dan rempah kurma. perap 2 jam.
  2. panaskan mingya dang goreng ayam hingga kuning dan masak. ketepikan.
  3. menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis lebihan rempah perapan ayam tadi.
  4. masukkan serbuk santan dan sedikit air. masukkan jus limau kasturi+garam secukup rasa dan masak ingga mendidih dan sedikit pekat.
  5. angkat dan tuangkan di atas ayam goreng tadi.
NOTE: Masakan ini tidak perlu menggunakan bawang dan halia kerana rempah kurma dan serbuk kunyit sudah cukup mengharumkan. Ditambah pula dgn perahan air limau kasturi.

Sunday, 26 April 2009

PAIS IKAN

sumber resepi dari blog Ain
many tnx xoxoxo...


pais ikan kembung..

utk buat pais ikan blend together
lada kering, bwg putih, halia, serai, udg kering sikit dan belacan sikit
pas tu blend dgn air asam yg dibancuh pekat..masukkan grm sikit..
jgn letak air masa blend sbb nak jadikan pes
kemudian ats daun pisang letak daun kunyit dan pes tadi
letak ikan.lumurkn lagi pes dan daun kunyit
bungkus ikan dan bakar sampai masak

boleh juga letak kelapa parut dlm bhn2 yg diblend td..

Friday, 10 April 2009

DAGING DENDENG

sumber resepi dari Cik Mat Gebu
dari blog Ain - tnx ya!


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
  • 1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
  • 20 - 25 tangkai cili kering*
  • 20 biji bawang merah*(*dikisar)
  • 1 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan jus asam jawa pekat
  • 3 camca besar kicap pekat manis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...

Sunday, 5 April 2009

BUTTERY CRAB

from ain's blog *** tnx xoxo..
ku tempek lagiii..ahaks



cara-cara
goreng ketam (deep fry)
pnskan butter dlm kuali, goreng daun kari dn cili pd yg diketuk..
angkat..ketepikan
pnskan lg butter, masukkan tpg gandum sedikit..kacau rata
masukkan susu cair, grm, gula..kacau rata
masukkan crab dn kacau rata lagi
masukkan serbuk cheese dn kacau lagi
angkat dn seblm hidang blh tabur cheese lagi.
ketam boleh gak diganti dgn udang



KUAH MEE SIAM

from blog ain...mekasihh yaa
kisar ld kering, bwg merah, bwg putih, udg kering..
tumis..masukkan taucu..masukkan air rebusan udang..
grm secukup rasa..
klu nak pekat...masukkan tauhu yg dilenyek..
(saya tak suka sgt lah)..
hidang bersama tauhu goreng..lada basah yg dihiris ..telur rebus..