CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Monday, 22 February 2010

BAHULU KUKUS

resepi sekodeng kat blog ummiaffaf
Sumber : Chef Zubaidah Che Pa
mekasih utk Puan2 berdua yaaaa ;))


BAHAN-BAHAN:

5 butir telur
200gm gula pasir (Rinn guna gula castor)
1 tsp esen vanilla
1/2 sudu besar ovalette
210gm tepung halus/superfine
60ml santan (Rinn guna santan kotak)
Kismis secukupnya (Rinn guna buah2an campur utk kek buah)

CARA-CARA:

1. Pukul gula castor, ovalette dan telur sehingga pekat dalam 6 minit dengan kelajuan tinggi.
2. Ayak tepung. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar setakat adunan sebati.
3. Masukkan santan dan adun sebati.
4. Perapkan adunan 20 minit.
5. Isikan adunan dalam papercup yang sesuai, 3/4 penuh.
6. Taburkan kismis dan kukus selama 10 minit.

Sunday, 17 January 2010

SERI MUKA PELANGI

SUMBER RESEPI ZASS DI BLOG HANA JEPUN ;))
TNXXXXXX SOOO MUCH YAAA ;))


Bahan-bahan
Lapisan bawah

  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
  • 21/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • sehelai daun pandan
Lapisan atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula - hana buh 5 sudu
  • sedikit garam
  • pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)
Cara-cara
  • Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
  • Masukkan semua lapisan bawah dan kukus hingga masak.
  • Apabila masak, kluarkan daun pandan dan tekan pulut ke dalam loyang sehingga mampat. - k.ct menggunakan plastik sebagai alas loyang supaya senang nak keluarkan.
  • Bancuh semua bhn2 lapisan pelangi kecuali pewarna kemudian tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan setiap mangkuk satu warna pilihan.
  • Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
  • Tuang lapisan merah dan kukus 10minit. buat lapisan seterusnya sehingga habis. - hana balut tutup pengukus ngan kain agar air tidak menitik ke atas kuih.
  • Lapisan terakhir kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan baru boleh dipotong.

Saturday, 26 September 2009

KUIH BAKAR - KAK HANIELIZA

SUMBER RESEPI DARI CHEF TERSOHOR
KAK HANIELIZA - JASA MU TETAP KU KENANG!!! ;))

Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
1 cawan gula pasir
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau

Bijan goreng tanpa minyak

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

BINGKA JAGUNG

SUMBER RESEPI DARI CHEF TERSOHOR
KAK HANIELIZA..MEKASIH BAYAK2 YER KAK!! ;))


Bahan

1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.

Friday, 11 September 2009

MEXICANO POPIAH KETAM

sumber resepi dari Majalah Nona September 09

bahan2

  • kepingan kulit popiah secukupnya
  • 10 keping filamen ketam
  • 5 tbspn sos tomato Kimball
  • 5 tbspn sos cili Kimball
  • 3 ulas bawang merah ** dikisar
  • 2 ulas bawang putih ** dikisar
  • 6 tbspn mix vages
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit putih telor
  • minyak masak
cara penyediaan
  1. panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar hingga bau wangi dan masukkan sos dan kacau rata.
  2. masukkan mix vages+filamen ketam+serbuk lada hitam dan alihkan dari api. kacau terebih dahulu.
  3. letakkan inti ditengah bahagian kulit popiah dan gulung rapi.
  4. lekatkan hujungnya dgn sedikit putih telur.
  5. goreng tenggelam dgn api sederhana hingga garing keemasan.
  6. toskan minyak dan hidangkan bersama sos kimball.
TIP: jika khuatir tentang penggunaan minya, bolehlah dikkus atau dibakar popiah di dalam ketuhar.

Sunday, 6 September 2009

BINGKA BERLAUK

Bingka Berlauk

sumber resepi dari Kak HanieLiza
terima kasih ya kakkkk ;))


Bahan
1 cawan tepung gandum
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan [1 cawan susu cair + 2 cawan air]
1 s/k garam
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b keju cheddar

Cara
1. Kacau semua bahan kecuali keju dan tapiskan kedalam loyang 8x 8 inci yg telah disapukan majerin.
2. Masukkan dlam oven yg telah dipanaskan 180’C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yg telah disediakan dan baker lagi selama 30 minit atau s ehingga nampak masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
5. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 batang kecil carrot [potong dadu]
1 s/b rempah kari
2 biji cili merah [cincang]
Daun sup dan daun bawang [hiris halus]
1 s/b minyak
Garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masakkan sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Angkat dan taburkan atas adunan yg telah separuh dibakar.
7. Bakar lagi 20-25 minit.
8. Sejukkan dan potong.
9. Susunkan kueh dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang & sup , cili merah dan bawang goring.

Saturday, 25 April 2009

BINGKA LABU

sumber resepi dari Cik Mat Gebu
mekasihhh yaa matt..

Resipi tradisi masyarakat Malaysia...dengan begitu kreatif, mereka mencipta dan mengolah apa yang ada dipersekitaran mereka...


Bahan-bahannya:-
5 biji telur Gred A
500 ml santan
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus dan dilecek halus

Cara membuatnya:-

  1. Satukan kesemua bahan2 di atas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga semua larut dan sebati.
  2. Tapis adunan dan masukkan labu manis lecek dan gaul hingga adunan sebati dan tidak bergentel2.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan berlubang tengah (yang biasa digunakan utk membuat kuih bingka), yang telah disapu dengan mentega pada dasar dan tepi acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, selama 40 minit. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Thursday, 9 April 2009

ROTI KERCA

Sumber Resepi Mamafami.
from blog Suzi >>>> mekasih utk puan ber2!


Ingredients :


500 g flour
3 eggs
salt
enough water
a bit of margarine

Method :

1. Place all the ingredients in a food blender and blend to a smooth runny texture (similar to pancakes).
2. On the stove. Grease the griddle or flat pan with a bit of margarine. Non-stick pan, preferably.
3. Spoon some batter on to the pan. Tilt the pan to form a thin pancake. Fry at slow fire until the pancake is lightly brown on both sides. 4. Remove from pan and roll like a swiss roll.
5. Slice to a 1 cm size and serve with curry


Wednesday, 8 April 2009

DONUT

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener [optional]

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Coklat cream [masak secara double boil]
250 gm cooking coklat
30 cocoa-butter

Bahan Hiasan
manik warna warni

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan celupkan dalam cooking coklat yg telah cair.
9. Taburkan hiasan. Hidangkan

KUEH PUTERI MANDI

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan

2 cawan tepung pulut [ayakkan]
air daun pandan
1 s/t air kapur
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula perang
gula pasir secukup manis
daun pandan disimpulkan
pewarna hijau dan merah
air secukupnya
garam

Cara
1. Ambil 1 cawan tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, air kapur, garam dan warna hijau.
2. Buatkan saperti doh onde-onde.
3. Sediakan periuk berisi air dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
4. Buatkan sebola kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper [tujuan cepat masak]
5. Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air pans dan bairkan ia timbul.
6. Bila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air [supaya bebola tidak melekat sesama sendiri]
7. Ambil lagi 1 cawan tepung pulut dan bancuhkan dengan air, garam, air kapur dan pewarna merah.
8. Ulang proses [2] sehingga [6].
9. Dalam periuk lain masukkan 1/2 cawan air, gula perang, gula pasir dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
10. Masukkan kelapa muda dan bebola kecil tadi.
11. Kacau rata dan boleh hidangkan.

ONDE ONDE

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.



CUCUR UDANG

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya

Bahan Mesin
1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.


SOS CILI

Bahan A

10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara
1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.

SARDINE ROLL

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Bahan

Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limak kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara
1. Masukkan bahan nti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dlam tapisan supaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.

SERUNDING KELAPA

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Bahan:

1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang segar kecil

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
1 s/k jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 s/b udang kering
3 cm kunyit hidup
3 s/b minyak masak
garam
gula

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin hingga wangi.
2. Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
3. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata
4. Masukkan dalam pinggan dan sejukkan.

TALAM SUJI

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

SERIMUKA PELANGI

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so much!


Bahan-bahan:
Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

BINGKA BERLAUK

sumber resepi dari Hanieliza
tnx so very much ya!


Bahan

1 cawan tepung gandum
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan [1 cawan susu cair + 2 cawan air]
1 s/k garam
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b keju cheddar

Cara
1. Kacau semua bahan kecuali keju dan tapiskan kedalam loyang 8x 8 inci yg telah disapukan majerin.
2. Masukkan dlam oven yg telah dipanaskan 180’C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yg telah disediakan dan baker lagi selama 30 minit atau s ehingga nampak masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
5. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 batang kecil carrot [potong dadu]
1 s/b rempah kari
2 biji cili merah [cincang]
Daun sup dan daun bawang [hiris halus]
1 s/b minyak
Garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masakkan sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Angkat dan taburkan atas adunan yg telah separuh dibakar.
7. Bakar lagi 20-25 minit.
8. Sejukkan dan potong.
9. Susunkan kueh dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang & sup , cili merah dan bawang goring.

BAKAR LABU

sumber resepi Suzana Hashim

bahan2

  • 125 gm butter
  • 130 gm gula pasir
  • 4 biji telor
  • 200 gm tepong gandum
  • 1 biji labu direbus dan dilecek (nekPP kukus)
  • 250 ml santan dari 1 1/2 biji kelapa
cara2nya
  1. pukul butter + gula sehingga gebu
  2. masukkan telor 1 demi 1 sambil dipukul2
  3. maukkan tapong + labu yg dilecek daigaul perlahan
  4. tuangkan satan digaul rata
  5. akhir sekali masukkan ke dalam loyang yg telah dilengser butter dan dialas dgn ketas minyak
  6. bakar hingga masak selama lebih kurang 45 minit ker 1 jam.

KOCI LABU

sumber resepi dari K Ana - Rinting JB

bahan2

  • 1 bagi tepong pulut
  • 1/2 biji labu kuning dikukus
  • garam secukup rasa
  • kelapa diparut utk dijadikan inti
  • daun pisang utk dibungkus
  • sedikit minyak utk dilenser atas daun pisang

untuk inti
  • kelapa
  • gula putih atau
  • gula merah
kesemua bahan inti hendaklah dimasak sehingga likat.


dadih
  • santan dimasak + garam make sure api kecik. masak sehingga likat

cara2nya
  1. Labu dibuang kulit dan dikukus. JAGAN TERLALU LEMBIK!
  2. kemudian ditumbuk dan digaul dgn tepong pulut
  3. masukkan garam dan gaul sehingga menjadik doh dan boley dikepal2
  4. jadikan bulat2 dan bubuh inti di dalamnya kemudian dibungkus dgn menggunakan daun pisang
  5. akhir sekali dikukus
  6. SELAMAT MENCUBA!

PERINGATAN:
  1. utk inti ikut suka. samada nak letak gula merah atau pon gula putih. ikut citarasa masing2.
  2. minyak atau DADIH >> optional utk disalut luarannya.. ikut selera sendiri yaa

BAKAR ROTI

resepi from Kak Ana Rinting,JB

bahan2

  • 2 biji telor
  • 10/12 keping roti - ikut suka
  • 1 cawan pekat santan @ fresh milk
  • 1 cawan gula
  • 1 tspn vanilla
  • garam
  • raisin optional

cara2nya
  1. 1. Rendam roti dahulu bila dah lembut diramas2. JAGAN terlalu hancur!
  2. 2. Masukkan santan pekat masukkan gula+garam+vanilla.
  3. 3. Akhir sekali barulah masuukan roti yg telah direndam itu tadi.
  4. 4. Loyang disapu butter; masuukan adunan roti tadi
  5. 5. Bakar dgn suhu 180 selama lebih kurang 1 jam.

note; nekPP selalu buat juga bakar roti nie; pelbagaikan ikut citarasa sendiri..yg penting musti kreatif!