CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 5 April 2009

APAM CHOCOLATE

Sumber: Ayu Liana
from Resepi.Net >>> tnx!


Bahan A:
150g tapai ubi (buang batang yang ada didalamnya dan blend sampai halus)
300g tepung beras kualiti baik (yang masih baru)
100g tepung gandum
75g tepung sago

Bahan B:
325g gula
300ml freshmilk perisa coklat

Bahan C:
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla essen

Bahan D:
1/2 sudu makan chocolate emulco
1 sudu teh baking powder double act.

Bahan E:
375 air kelapa segar

Cara membuatnya:
1. Campur dan kacau bahan A sehingga rata, masukkan bahan B secara bertahap dan bergantian sedikit demi sedikit sampai gula larut.

2. Masukan bahan C, lalu bahan E, kacau sehingga rata.last masukan bahan D. Kacau lagi sehingga tercampur rata. diamkan selama 4 jam.Tutup adunan dengan plastik.

3. Sapu minyak pada loyang. Setelah adunan di diamkan selama 4 jam segera tuang dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Bila sudah masak,angkat dan sejukan. Walau terbuat dari tepung beras,dan sudah 2 hari, kek ini tetap moist.


BUTTER CUSTARD FILLING

Bahan-bahan:
400 ml susu milo (dari 2 bungkus susu milo instant) larutkan dengan air panas

75 g gula pasir /(sesuai selera, tak nak manis, boleh kurangkan).
¼ sudu teh garam
50 g custard powder
75 ml air sejuk

1 butir telur, kacau sekejap
3 sudu makan butter

vanilla essen secukup rasa
1/2 sudu makan choc emulco

Caranya:
1. Rebus susu milo dengan api kecil sampe mulai mendidih sambil kacau dengan whisk.
2.Sementara menunggu mendidih, larutkan custard powder dengan 75ml air sejuk, masukan telur & kacau sehingga tercampur rata. Tuang telur & custard tadi sekaligus ke dalam susu milo yang tengah mendidih, kacau cepat dengan whisk sehingga kental dan rata. kacau sampai adunan meletup-letup & masak, matikan api.
3.Masukan butter & vanilla. kacau sehingga rata, sejukkan.


Penyelesaian:
Belah kek apam secara horizontal menjadi 3 bagian. salut dengan filling butter. Timpa dengan selapis kek. Salut lagi dan timpa dengan kek lagi. Sejukkan.