CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 5 April 2009

KEK COKLAT KUKUS

by (resepi pilihan diana) Sumber: Zaiima
from zAiy's blog *** tnx!


Bahan
A 1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya

Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini. Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A. Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata. Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.