by Cik Mat Gebu *** tnx!
BAHAN UNTUK FONDANT :-)
63 ml air
1 camca besar gelatin halal
125 ml sirap glucose
1 1/2 camca besar gliserin
2 camca besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising, diayak
Pewarna pilihan
Sedikit tepung jagung
UNTUK FONDANT :-
Tuang air dalam bekas tahan panas, masukkan gelatin, kacau rata dan masak secara double-boiler hingga gelatin larut, masukkan sirap glucose, gliserin dan lemak sayur, kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat dan biarkan bancuhan suam. Masukkan sediki demi sedikit gula aising dan kacau rata hingga pekat. Tuang atas meja kerja dan gaul bersama lebihan gula aising hingga adunan menjadi doh yang putih dan lembut. Bulat2kan dan masukkan dalam bekas kedap udara, biar 1 - 2 jam (lagi elok semalaman). Keluarkan doh, dan letak warna kegemaran dan uli hingga sebati. Biarkan 10 - 15 minit sebelum digunakan. (mat warnakan coklat dahulu, kemudian diikuti warna makanan hitam, perlu lebih sedikit utk mendapatkan warna hitam legam).
BAHAN UNTUK ROYAL ICING :-)
1 putih telur
200 g gula aising, diayak
1 camca besar jus lemon
UNTUK ROYAL ICING :-
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula aising sedikit demi sedikit bersama jus lemon hingga habis, putar hingga pekat. Alih royal icing ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan ianya keras jelatu...hehehe..